Posts

Showing posts from 2013

Ketika Bicara Allah Mencubit Hati (1)

Demikianlah, Kami telah menguji sebahagian mereka (orang yang kaya) dengan sebahagian yang lain (orang yang miskin), agar mereka (orang yang kaya itu) berkata, "Orang-orang yang semacam inikah di antara kita yang telah diberi anugerah oleh Allah?" (Allah berfirman), "Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang mereka yang bersyukur (kepada-Nya)?" (Al-An'am: 53) Mungkin ada di antara kita yang kurang berkemampuan, tidak mampu melakukan amal jariah atau sedekah mahupun ibadat yang lain secara terang-terangan seperti orang yang mampu hanya kerana mereka mempunyai wang, namun yang hanya boleh menilai hati dan pendapatan akhirat hanyalah Allah. Yang diberikan nikmat yang banyak dan yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan adalah dua perkara yang berbeza. Apabila engkau (Muhammad) melihat orang-orang memperolokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka hingga mereka beralih ke pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan benar-benar menjadikan engkau lupa (akan lar

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHAP II (KSSR THP 2) 2014

Assalamualaikum wbt.. As people have acknowledged about KSSR which is now heading to its fourth year, many improvisations have been made in order to make it better for the kids and even for the teachers. After 3 years of teaching a KSSR class since 2011, yes..I can say that I'm satisfied with the results. The kids' competency in English improved after 3 years in ALL skills. I am teaching in a primary school in a suburban area where the kids commonly hold the perception that English is not an important language to acquire... not even to learn. Some of them don't even want to further their study outside the home state because their ancestors (parents, aunts-uncles, grandparents) told them to study in colleges nearby because the state has everything they need so why should they study outside their hometown or state. But, hey... it's not the matter of where to study, it is a matter of what the kids would get if they study outside the 'circle' of the community th

Aidilfitri 1434H

Image
Salam alaik... Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan untuk semua. Semoga Aidilfitri kali ini menambahkan lagi makna dalam kehidupan kita. Aidilfitri kali ini lebih meriah kerana ahli keluarga Allahyarham Hj Mohamad Nadzim lengkap untuk beraya di Sungai Petani, Kedah. Saya juga membawa suami saya pulang beraya di Kedah. Abang ipar saya yang berada di Jepun juga pulang beraya di Kedah pada tahun ini. Saya dan adik beradik yang lain semuanya telah berkahwin dengan pasangan masing-masing dari negeri yang berbeza. Walaupun dari rumpun yang sama namun budaya setempat berbeza dan perbezaan itulah yang kami semua raikan. Setiap abang dan kakak ipar termasuk suami telah memberikan saya pengalaman yang berbeza dari kampung halaman masing-masing. Dari abang ipar yang sulung yang berasal dari Selangor, saya belajar makan pelbagai jenis burung sawah padi.  Dari kakak ipar kedua, saya dapat menikmati suasana kampung di tepi sawah padi setiap kali menziarahi keluarga beliau di Pulau Pinang.

Turning 26...and greatest gifts from God~

Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah...Allah memberi peluang untuk saya bernafas tatkala menginjak umur ke tangga 26... tak sangka cepatnya masa berlalu dalam tidak sedar, saya sudah pun meninggalkan zaman remaja kanak-kanak riang ria dan kini melangkah ke alam yang lebih dewasa. Sudah tentunya saya harus merefleksi diri untuk menjadi yang lebih matang sesuai dengan usia yang semakin meningkat dan tanggungjawab yang semakin bertambah. Alhamdulillah..pada tahun ini saya dikurniakan Allah dengan sebuah perkahwinan...saya kira ini anugerah yang tidak ternilai buat saya setelah sekian lama menanti dan menguatkan diri untuk berkata kepada hati sendiri, perasaan ini dan jiwa lain yang bernafas.. "Perkahwinan adalah perhubungan yang terbaik dan yang diredhai keluarga dan Allah..berhentilah jika tiada nawaitu beserta usaha dalam menghalalkan hubungan dengan perkahwinan. Pergilah mencari diri jika tidak mampu mematangkan akal fikiran dan hati dalam menjadi seorang suami/isteri yang musl

Ramadhan Datang Lagi...

Ramadhan datang lagi Doa sujud syukur pada Illahi Atas nafas yang masih berhembus ini Atas kudrat yang masih gagah berdiri Atas kemudahan dalam urusan yang diberi Atas nikmat iman dan aman yang dirasai Atas ujian dan cabaran yang ditempuhi Sebagai syarat anak tangga kematangan yang dinaiki Atas bahtera cinta dan bahagia yang dilayari Atas kirimanNya sang pemilik hati Ramadhan ini...berbeza Dengan segala pemberianNya yang ada Kerana aku ingin mencuba Apa yang terdaya Dalam langkahku menuju iman dan taqwa Membaikpulih, menjaga Meniti jalan kembali kepadaNya... ilham anggerikertas 12.07.2013

anggerikertas kembali...

Assalamualaikum wbt Alhamdulillah...akhirnya hati ini terbuka untuk kembali menyelusuri blog nie yang dah lama sangat ditinggalkan..entah berapa lama..bertahun-tahun blog ini dilupakan sedangkan diri telah berjanji mahu konsisten dalam penulisan ini.. Terlalu banyak yang telah berlaku dalam hidup saya namun alhamdulillah...Allah telah permudahkan hidup saya dan menguatkan saya untuk terus bangun dari tersadung dan terjatuh dalam hidup dan cuba meraih kebahagiaan dan ketenangan hati..terkadang rasa seperti tidak layak untuk mengecap rasa bahagia dan mengukir senyuman di bibir ini..tapi saya yakin pada apa yang Allah beri pada saya sekarang sememangnya untuk saya dan semoga diri ini tidak alpa dan lupa padaNya... :)