Demikianlah, Kami telah menguji sebahagian mereka (orang yang kaya) dengan sebahagian yang lain (orang yang miskin), agar mereka (orang yang kaya itu) berkata, "Orang-orang yang semacam inikah di antara kita yang telah diberi anugerah oleh Allah?" (Allah berfirman), "Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang mereka yang bersyukur (kepada-Nya)?" (Al-An'am: 53) Mungkin ada di antara kita yang kurang berkemampuan, tidak mampu melakukan amal jariah atau sedekah mahupun ibadat yang lain secara terang-terangan seperti orang yang mampu hanya kerana mereka mempunyai wang, namun yang hanya boleh menilai hati dan pendapatan akhirat hanyalah Allah. Yang diberikan nikmat yang banyak dan yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan adalah dua perkara yang berbeza. Apabila engkau (Muhammad) melihat orang-orang memperolokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka hingga mereka beralih ke pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan benar-benar menjadikan engkau lupa (akan lar