Aneka Rasa...
Sedih...
Kerana perlu bersendiri
Melangkah di atas jalan ini
Yang terkadang
Orang lain tidak memahami
Kenapa aku masih disini
Ada yang merasa kurangnya logika
Bertanya di mana pengakhirannya
Bertanya apa kepentingannya
Bertanya "sampai bila?"
Gemuruh...
Bila aku sedar
Ilmu datang bersama tanggungjawab
Segalanya pasti akan diuji
Ujian itu bicara dari Tuhan
Ujian yang datang jauh dari jangkaan
Namun membawa seribu satu makna yang tersirat
Buat diri
Untuk memahami dan pelajari
Tentang diri dan ketetapan Illahi
Sepi...
Tanpa sekufu
Yang hebat bertarung
Saling memahami
Yang memberi dorongan
Berkongsi senyuman dan gelak tawa
Kini dirinya masih bertarung
Dalam kehidupan yang dia jalani
Yang mungkin aku masih belum sedia merasai
Tapi dia masih gagah berdiri
Menjadi seorang ibu dan isteri
Gembira...
Hati ini tanpa raguKerana perlu bersendiri
Melangkah di atas jalan ini
Yang terkadang
Orang lain tidak memahami
Kenapa aku masih disini
Ada yang merasa kurangnya logika
Bertanya di mana pengakhirannya
Bertanya apa kepentingannya
Bertanya "sampai bila?"
Gemuruh...
Bila aku sedar
Ilmu datang bersama tanggungjawab
Segalanya pasti akan diuji
Ujian itu bicara dari Tuhan
Ujian yang datang jauh dari jangkaan
Namun membawa seribu satu makna yang tersirat
Buat diri
Untuk memahami dan pelajari
Tentang diri dan ketetapan Illahi
Sepi...
Tanpa sekufu
Yang hebat bertarung
Saling memahami
Yang memberi dorongan
Berkongsi senyuman dan gelak tawa
Kini dirinya masih bertarung
Dalam kehidupan yang dia jalani
Yang mungkin aku masih belum sedia merasai
Tapi dia masih gagah berdiri
Menjadi seorang ibu dan isteri
Gembira...
Masih ingin berada di sini
Jalan ini masih ingin aku langkahi
Entah sampai bila
Entah sejauh mana
Yang pasti bila langkahku terhenti
Ianya akan diwarisi
Dari generasi ke generasi
Aneka rasa
Pisang, bertih beras, asam dan garam
Kini kufahami yang tersirat di sebaliknya
Masih jauh lagi jalan ini
Masih banyak rasa yang belum dirasai
Oktober 2009
Comments
Post a Comment