Be +ve think +ve

Salam..it's been a long time I haven't write anything on this blog. SInce the last Ramadhan, I didn't feel like writing anything. My life was up and down till this moment, but I'm glad that Allah still loves me and give me strength to go through all the pain and sadness.

Bercerita tentang pain and sadness, ada perkara yang berlaku dalam hidup yang betul-betul memberi pengajaran kepada saya. I'm not sure whether I had faced this kind of situation before tapi tidak pernah ambil pengajaran, but this time yes, I really learned something from it.

Dulu semasa di mrsm,tengah lepak-lepak dalam surau, ada kawan pernah bertanya tentang apa yang kita harus buat bila kita dianiaya ataupun disakiti hati oleh seseorang.

Saya: Yang penting kita kena bersabar dulu dan istigfar banyak-banyak.

A: Perlu ke kita balas dendam pada dia? Sakit hati sangat-sangat.

Saya: Buat apa kita balas? Allah kata kalau dia buat kita, dia menang 1...kita balas then kita menang 1..so akan jadi seri 1-1.Pastu abis la hutang tu atas dunia. Tapi klo kita tunggu Allah balas, mungkin 10 kali ganda balasannya. Lagi best orang tu kena.

A: Tapi lambat la nak tunggu dia kena balasan tu.

Saya: Memang lambat tapi kita yakin kan yang Allah akan balas untuk kita. Dan kita pun tahu balasan Allah tu lagi hebat.

A: Tapi kalau kita pun mampu nak balas, kenapa kita tak balas saja?

Saya: Macam aku cakap tadi, 1-1 maksudnya seri. Kalau kita tunggu dan yakin balasan Allah, kita menang paling2 kurang 2-1. Kalau macam aku, aku doakan dia dapat balasan setimpal dengan apa yang dia dah buat pada aku. Tak kisahla bila dia kena tapi aku yakin dalam hidup dia, Allah akan balas untuk aku.

That's what I told and advised my friend about revenge, du'a and patience. Dulu memang kalau saya sakit hati dengan perbuatan seseorang, saya tak pernah cuba untuk balas tapi hanya berdoa yang dia akan dapat balasan yang setimpal. Later in my life, I read some articles mengenai adab mendoakan tentang seseorang. Seeloknya kita tidak boleh mendoakan tentang keburukan seseorang.

Ada satu kisah yang saya baca, seorang isteri yang sangat bersabar dengan suaminya, suaminya berkahwin lain secara senyap-senyap dan mengabaikan dia, dia tidak cuba untuk pertahankan haknya, bercerai or apa saja tindakan-tindakan yang para isteri zaman sekarang buat bila tahu suaminya ada wanita lain dan mengabaikan dia. Malah, dia bangunkan dirinya sendiri dengan membuka perniagaan, secara tidak langsung menyara kehidupan keluarganya serta perbelanjaan hidup keluarga madunya. Setelah berjaya dalam perniagaan, dia sponsor suami serta madunya menunaikan haji di Mekah. Di hadapan Kaabah dia memintakan agar ditenangkan hati serta diberikan kebahagiaan yang terbaik untuk dirinya. Siapa sangka di Mekah juga suaminya bercerai talak tiga dengan madunya itu. Sejak dari itu, suaminya berubah dan kembali menyayangi serta menghargai dia. Hingga mereka berdua tua, si suami masih memimpin tangan isterinya masuk berjumpa dengan doktor dia klinik serta menarik kerusi untuk isterinya duduk.

Dari cerita itu, I have learnt that kita mesti ikhlas dan mendoakan hanya yang baik dan positif jika mahu kebahagiaan yang hakiki.

Baru-baru ini, saya dilanda masalah sakit hati yang melampau. Tidak pernah dalam hidup saya rasa disakiti seperti waktu itu dan pada waktu itu barulah saya mengerti kenapa manusia boleh mula menyimpan dendam dan benci yang melampau pada manusia lain. Pada ketika itu yes,I admit I really hate that person. People close to me knew how much I hate that person. For the first time in my life, when I started to think about that person, I cursed. Bukan sedikit, teruk juga hati saya mencaci orang itu. Saya tidak menyebutnya in public, cukuplah setakat dalam hati. Belum cukup dengan itu, saya terpaksa meluahkan segala cacian itu atas kertas supaya kesedihan saya berkurang. Dan sehingga sekarang, bekas sakit itu masih ada, saya masih tidak tenang jika teringatkan orang itu.

Pada mulanya, ketika hati masih panas, memang saya berhubung dengan orang tersebut, mencuba teknik negotiation kerana pada anggapan saya, kesefahaman mungkin dapat dicapai tanpa perlu bergaduh atau bertanya itu ini seperti penyiasat. Namun kesefahaman yang kononnya ada, dihilangkan begitu sahaja. Keadaan seakan semakin teruk dan orang tersebut juga semacam hilang arah bila dia tahu yang saya tahu apa yang dia telah buat. Yang terbaik yang berlaku pada waktu itu, dia menjadi watak protagonis dan saya dianggap antagonis dek kerana sikap luarannya. Sikap luarannya? Tidak perlu diulas. Bila seorang mangsa dianggap antagonis dalam sesebuah cerita, tahu-tahu sendiri bagaimana orangnya yang dianggap protagonis itu.

Hari demi hari, hati saya resah dan tidak tenang bila terkenangkan orang itu. Banyak pula perkataan 'orang itu'. It's ok, I replace it with A (bukan nama sebenar).

Saya hanya berdoa saya dapat kembali apa yang si A dah ambil dari saya. Dan Allah itu Maha Mendengar kan. Saya memang berharap magis datang dari Allah untuk saya. But everything became darker. Keadaan makin jadi berat bagi saya kerana janji yang dibuat tidak ditepati. Saya bertanya kembali pada Allah, what else should I do to settle this thing? Or maybe Allah could just make my heart let it go and move on with my life? Atau mungkin saya mmg perlu mendedahkan ketidakpuasan hati saya kepada A? Atau mungkin itu petanda dr Allah bahawa apa yang diambil oleh A itu memang bukan milik saya?

Kemudian hati saya teringatkan kisah si isteri tadi yang ikhlas dan sabar berdoa. Teringatkan wanita itu tidak buat perkara-perkara negatif dari segi zahir mahupun dalam hati walaupun suaminya dan madunya menyakitkan hatinya. Dan saya terfikir, mungkin bila saya positif walaupun pada orang yang menyakiti hati saya, hati saya boleh kembali tenang.

Lalu saya berdoa pada Allah seperti biasa. Dan saya tambah doa buat si A, supaya dia menjadi yang lebih baik, patuh pada Allah, menyedari batas diri dan sedar akan perbuatannya yang menyakiti hati orang lain. It was like a miracle, saya mula rasa tenang, keresahan hati saya mula menghilang. Dan saya rasa lebih kuat untuk menentang kesedihan saya. Rasa Allah dekat disisi saya.

Rupanya apabila kita berdoa untuk kebaikan orang yang menyakiti hati kita dan kita biarkan dendam kita hilang, segala masalah akan lebih mudah diatasi. Hati jadi lebih tenang walaupun dugaan yang datang selepas itu lebih kuat dari sebelumnya. Diri yang lemah terus jadi kuat. Itu sebenarnya yang Allah mahu ajarkan pada saya. Berhenti membenci, jangan balas kejahatan, doakan kebaikan.

Again..
BERHENTI MEMBENCI
JANGAN BALAS KEJAHATAN
DOAKAN KEBAIKAN

Wassalam..

Comments

Popular posts from this blog

Beginning....

Lousiana's Fried Chicken: Alternative to Kentucky's Fried Chicken

anggerikertas kembali...