Ramadhan Datang Lagi...
Ramadhan datang lagi Doa sujud syukur pada Illahi Atas nafas yang masih berhembus ini Atas kudrat yang masih gagah berdiri Atas kemudahan dalam urusan yang diberi Atas nikmat iman dan aman yang dirasai Atas ujian dan cabaran yang ditempuhi Sebagai syarat anak tangga kematangan yang dinaiki Atas bahtera cinta dan bahagia yang dilayari Atas kirimanNya sang pemilik hati Ramadhan ini...berbeza Dengan segala pemberianNya yang ada Kerana aku ingin mencuba Apa yang terdaya Dalam langkahku menuju iman dan taqwa Membaikpulih, menjaga Meniti jalan kembali kepadaNya... ilham anggerikertas 12.07.2013