Posts

Showing posts from August, 2013

Aidilfitri 1434H

Image
Salam alaik... Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan untuk semua. Semoga Aidilfitri kali ini menambahkan lagi makna dalam kehidupan kita. Aidilfitri kali ini lebih meriah kerana ahli keluarga Allahyarham Hj Mohamad Nadzim lengkap untuk beraya di Sungai Petani, Kedah. Saya juga membawa suami saya pulang beraya di Kedah. Abang ipar saya yang berada di Jepun juga pulang beraya di Kedah pada tahun ini. Saya dan adik beradik yang lain semuanya telah berkahwin dengan pasangan masing-masing dari negeri yang berbeza. Walaupun dari rumpun yang sama namun budaya setempat berbeza dan perbezaan itulah yang kami semua raikan. Setiap abang dan kakak ipar termasuk suami telah memberikan saya pengalaman yang berbeza dari kampung halaman masing-masing. Dari abang ipar yang sulung yang berasal dari Selangor, saya belajar makan pelbagai jenis burung sawah padi.  Dari kakak ipar kedua, saya dapat menikmati suasana kampung di tepi sawah padi setiap kali menziarahi keluarga beliau di Pulau Pinang.