Ramadhan Datang Lagi...

Ramadhan datang lagi
Doa sujud syukur pada Illahi
Atas nafas yang masih berhembus ini
Atas kudrat yang masih gagah berdiri
Atas kemudahan dalam urusan yang diberi
Atas nikmat iman dan aman yang dirasai
Atas ujian dan cabaran yang ditempuhi
Sebagai syarat anak tangga kematangan yang dinaiki
Atas bahtera cinta dan bahagia yang dilayari
Atas kirimanNya sang pemilik hati
Ramadhan ini...berbeza
Dengan segala pemberianNya yang ada
Kerana aku ingin mencuba
Apa yang terdaya
Dalam langkahku menuju iman dan taqwa
Membaikpulih, menjaga
Meniti jalan kembali kepadaNya...



ilham anggerikertas
12.07.2013

Comments

Popular posts from this blog

Beginning....

Lousiana's Fried Chicken: Alternative to Kentucky's Fried Chicken

anggerikertas kembali...