I think I need to start blogging again. Too many to tell but nobody to speak to. Perhaps this could be one way to start speaking out my mind; through writing. It's midnight and I couldn't sleep. I feel that I need to do many things but I just want to do nothing. Too many on my mind but too little had turned into actions. That's all for now. 1.14 a.m.
Salam alaik... Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan untuk semua. Semoga Aidilfitri kali ini menambahkan lagi makna dalam kehidupan kita. Aidilfitri kali ini lebih meriah kerana ahli keluarga Allahyarham Hj Mohamad Nadzim lengkap untuk beraya di Sungai Petani, Kedah. Saya juga membawa suami saya pulang beraya di Kedah. Abang ipar saya yang berada di Jepun juga pulang beraya di Kedah pada tahun ini. Saya dan adik beradik yang lain semuanya telah berkahwin dengan pasangan masing-masing dari negeri yang berbeza. Walaupun dari rumpun yang sama namun budaya setempat berbeza dan perbezaan itulah yang kami semua raikan. Setiap abang dan kakak ipar termasuk suami telah memberikan saya pengalaman yang berbeza dari kampung halaman masing-masing. Dari abang ipar yang sulung yang berasal dari Selangor, saya belajar makan pelbagai jenis burung sawah padi. Dari kakak ipar kedua, saya dapat menikmati suasana kampung di tepi sawah padi setiap kali menziarahi keluarga beliau di Pulau Pin...
Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah...Allah memberi peluang untuk saya bernafas tatkala menginjak umur ke tangga 26... tak sangka cepatnya masa berlalu dalam tidak sedar, saya sudah pun meninggalkan zaman remaja kanak-kanak riang ria dan kini melangkah ke alam yang lebih dewasa. Sudah tentunya saya harus merefleksi diri untuk menjadi yang lebih matang sesuai dengan usia yang semakin meningkat dan tanggungjawab yang semakin bertambah. Alhamdulillah..pada tahun ini saya dikurniakan Allah dengan sebuah perkahwinan...saya kira ini anugerah yang tidak ternilai buat saya setelah sekian lama menanti dan menguatkan diri untuk berkata kepada hati sendiri, perasaan ini dan jiwa lain yang bernafas.. "Perkahwinan adalah perhubungan yang terbaik dan yang diredhai keluarga dan Allah..berhentilah jika tiada nawaitu beserta usaha dalam menghalalkan hubungan dengan perkahwinan. Pergilah mencari diri jika tidak mampu mematangkan akal fikiran dan hati dalam menjadi seorang suami/isteri yang musl...
Comments
Post a Comment