Ketika Bicara Allah Mencubit Hati (1)

Demikianlah, Kami telah menguji sebahagian mereka (orang yang kaya) dengan sebahagian yang lain (orang yang miskin), agar mereka (orang yang kaya itu) berkata, "Orang-orang yang semacam inikah di antara kita yang telah diberi anugerah oleh Allah?" (Allah berfirman), "Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang mereka yang bersyukur (kepada-Nya)?"
(Al-An'am: 53)

Mungkin ada di antara kita yang kurang berkemampuan, tidak mampu melakukan amal jariah atau sedekah mahupun ibadat yang lain secara terang-terangan seperti orang yang mampu hanya kerana mereka mempunyai wang, namun yang hanya boleh menilai hati dan pendapatan akhirat hanyalah Allah. Yang diberikan nikmat yang banyak dan yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan adalah dua perkara yang berbeza.

Apabila engkau (Muhammad) melihat orang-orang memperolokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka hingga mereka beralih ke pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan benar-benar menjadikan engkau lupa (akan larangan ini), setelah ingat kembali janganlah engkau duduk bersama orang-orang yang zalim.

Orang-orang yang bertakwa tidak ada tanggung jawab sedikit pun atas (dosa-dosa) mereka, tetapi (berkewajipan) mengingatkan mereka agar mereka (juga) bertakwa.

Tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus (ke dalam neraka), kerana perbuatannya sendiri. Tidak ada baginya pelindung dan pemberi syafaat (pertolongan) selain Allah. Dan jika dia hendak menebus dengan segala macam tebusan apa pun, niscaya tidak akan diterima. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam neraka), disebabkan perbuatan mereka sendiri. Mereka mendapat minuman dari air yang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.


(Al-An'am:68-70)

Kini ramai yang secara tidak atau sedar, mempermainkan dan mempersendakan agama. Bermula dari kata-kata mengutuk kepada sesuatu kumpulan seterusnya mengata tentang hukum Allah. Bercakap menggunakan emosi tanpa pendidikan Islam atau rasa cinta-takut kepada Allah yang mendalam menjadikan manusia lalai dalam mengeluarkan kata-kata. Akhirnya kata-kata itulah saksi mereka di hadapan Allah kelak.



Terpulang pada mereka untuk mengutuk mana-mana kumpulan, tetapi janganlah terima skrip yang nak mengutuk tentang peraturan Allah.. tentang konsep adil pun kurang tepat.

May peace be upon you~

Comments

Popular posts from this blog

Beginning....

Lousiana's Fried Chicken: Alternative to Kentucky's Fried Chicken

anggerikertas kembali...