Turning 26...and greatest gifts from God~

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah...Allah memberi peluang untuk saya bernafas tatkala menginjak umur ke tangga 26... tak sangka cepatnya masa berlalu dalam tidak sedar, saya sudah pun meninggalkan zaman remaja kanak-kanak riang ria dan kini melangkah ke alam yang lebih dewasa. Sudah tentunya saya harus merefleksi diri untuk menjadi yang lebih matang sesuai dengan usia yang semakin meningkat dan tanggungjawab yang semakin bertambah.

Alhamdulillah..pada tahun ini saya dikurniakan Allah dengan sebuah perkahwinan...saya kira ini anugerah yang tidak ternilai buat saya setelah sekian lama menanti dan menguatkan diri untuk berkata kepada hati sendiri, perasaan ini dan jiwa lain yang bernafas.."Perkahwinan adalah perhubungan yang terbaik dan yang diredhai keluarga dan Allah..berhentilah jika tiada nawaitu beserta usaha dalam menghalalkan hubungan dengan perkahwinan. Pergilah mencari diri jika tidak mampu mematangkan akal fikiran dan hati dalam menjadi seorang suami/isteri yang muslim."

Alhamdulillah...aturan Allah adalah yang terbaik. Suami saya adalah seseorang yang saya telah kenali 11 tahun yang lalu.. pastinya ada yang berkata, "...ala..rilek la..aku pun kawen dengan batch aku seniri.."
Saya tahu dan perasan ramai dari kalangan rakan-rakan semaktab dulu (MRSM Langkawi/MRSM Beseri) berkahwin sesama batch atau junior/senior. Mungkin benar apa yang kawan-kawan sekeliling saya yang bukan dari MRSM pernah sebut, "Budak MRSM ni mcm dah ada pattern dia sendiri..boleh kenal and agak budak ex-MRSM mesti perangai macam tu and macam ni..sebab tu, tak terkejut la kalau korg akan kawen sesama spesis korang jer.." Saya tidak percaya dengan pandangan itu tapi kadang-kadang mungkin ada kebenarannnya bagi sesetengah orang..hurmm.. :)

Apa yang unik dalam perhubungan kami adalah..kata bidalan "Kalau jodoh tak ke mana" itu sangat sesuai dengan hubungan kami..Kerana setelah 10 tahun kami tidak berhubungan atau berjumpa..kami bertemu di laman sosial, berhubungan berkongsi kisah kerjaya masing-masing selama beberapa bulan kemudian terputus kembali hubungan atas beberapa faktor. Kami tidak kisah pada waktu itu kerana kami hanya kawan. Selepas setahun kemudian Allah detikkan kembali hati kami untuk kembali berbual di telefon dan kali ini perbualan-perbualan kami lebih mendalam ke arah minat, cara hidup dan pengalaman hidup. Selepas 2 bulan, kedua-dua kami seolah-olah nekad untuk mencuba membawa perhubungan ini ke arah perkahwinan dan..Alhamdulillah..bermula sejak itu segala usaha dipermudahkan. Dalam masa 1 tahun 6 bulan sejak kami kembali berhubungan kali kedua, kami sah menjadi suami isteri.

Allah Maha Besar dan Maha Kaya..dulu saya hanya berserah dan berkata, "..tak mungkin aku akan dapat seseorang yang punya minat dan pemahaman yang sama seperti aku..aku harus terima seadanya kekurangan siapa pun suamiku...", sambil membayangkan tiada lagi istilah melancong, melawat tempat bersejarah, galeri seni dan muzium..tiada lagi menonton persembahan teater dan budaya..tiada lagi sembang-sembang isu sejarah, geografi dan budaya setempat, isu penulisan dan tiada lagi perbualan mengenai corak pemahaman agama, politik dan kepimpinan di pelbagai negara. Bukan mudah nak jumpa orang yang mempunyai minat-minat sedemikian rupa. Kawan-kawan rapat sendiri 'surrender' bila berjalan bersama melawat tempat bersejarah dan muzium..kata mereka, saya terlalu 'kusyuk' kalau berada di kawasan sebegitu. Namun, janji Allah memang ditepati. Dalam kekecewaan dan kesedihan berdepan dengan masalah, Allah hadirkan seorang lelaki yang cukup sempurna untuk saya. Dan pemahaman mengenai 'sekufu' menjadi lebih jelas dalam diri saya. Kerana memang sebenarnya Allah jadikan manusia yang berpasangan itu saling melengkapi dan memahami dalam memenuhi kekurangan kelebihan diri serta dalam memenuhi minat dan perasaan yang sama dalam sesuatu perkara. Dengan itu..hati akan menjadi tenang dan lebih mudah untuk beribadah kepada Allah.

Alhamdulillah...dalam ketidaksabaran dan kesabaran saya menanti rezeki sebuah perkahwinan dari Allah.. DIA kirimkan kepada saya terlebih dahulu nikmat-nikmat lain di setiap ulangtahun kelahiran saya...
Julai 2011 --- Allah permudahkan saya untuk dapatkan my first car..my baby Vios
Julai 2012 --- Allah permudahkan urusan mendapatkan my first house... 39B, Amansuria
Julai 2013 --- Allah permudahkan segala urusan perjalanan pergi balik untuk bertemu kekasih hati.. si suami tercinta Mohd Firdaus bin Abd Munir

Alhamdulillah, kini segalanya lengkap dan saya masih bertatih dalam meniti tanggungjawab baru ini. Dalam tidak sedar, Allah memberi ruang masa untuk saya lengkapkan hidup saya dengan material dan aset yang kukuh supaya keadaan lebih stabil setelah berkerjaya dan berkahwin. Allah Maha Mengetahui yang saya perlu ada semua ini sebelum tergesa-gesa melangkah ke alam perkahwinan. Allah Maha Mengetahui dan telah siapkan saya seorang lelaki yang menjadi imam hidup saya yang sememangnya 'sekufu' dengan segalanya dalam hidup saya. Alhamdulillah..

Nasihat saya pada yang masih menyusun hidup, kerjaya dan menggesa perkahwinan kerana cinta yang mendalam pada manusia namun Allah masih belum memudahkan urusan perkahwinan itu...berhenti..berehat sejenak dari memikirkannya dan binalah hidup dengan aset dan materi yang cukup walaupun anda seorang perempuan...in sha Allah...janji Allah itu pasti..kalau Dia mahu halalkan sesuatu perhubungan itu, pasti secepatnya Dia lakukan..namun kalau Allah memberikan ruang waktu sebagai cabaran dalam perhubungan maka isikan dengan kesabaran dan doa..isikan dengan ibadah-ibadah..isikan dengan keperluan untuk diri..sibukkan diri dengan perkara-perkara yang membina kematangan diri...in sha Allah dalam sedar tidak sedar, nikmat cinta dan perkahwinan itu hadir sepantasnya sehingga kita rasa seperti sekelip mata, hubungan bersama yang tercinta sudah menjadi halal dan ibadah. Itu yang saya pelajari dari Allah lewat beberapa tahun ini..

Allah has given me greastest gifts to complete my life almost to perfection..
Now it's my turn..have I done all my ibadah for Allah to perfection?

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), 'Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir." (Al-Baqarah : Ayat 286)

Wassalam.

p/s: To my Muslim friends. Pray for true Muslims in Palestin, Syria dan Egypt. They need our prayers. Jazakumullah khairan kathira.

Comments

Popular posts from this blog

Beginning....

Lousiana's Fried Chicken: Alternative to Kentucky's Fried Chicken

anggerikertas kembali...